SITI ZULAIKHA MUSTAPHA

merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan. Penulis merupakan anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ugama Maahad Pasir Pekan, Sekolah Menengah Mahmud Mahyiddin dan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Terengganu. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Changlun Kedah dan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di UiTM Merbok, Kedah serta Ijazah Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran dan Ijazah Doktor Falsafah Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam, Selangor. Kini beliau aktif melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan.

#