NURSYAHIDA ZULKIFLI

merupakan pensyarah Diploma Pentadbiran Awam dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan. Pengkhususan adalah dalam bidang Pentadbiran Awam dan mula berkhidmat di UiTM pada Jun 2014. Bidang kajian penulis meliputi bidang pentadbiran awam iaitu tadbir urus, pentadbiran, kerajaan tempatan dan polisi awam. Penulis aktif menjalankan penyelidikan dan penerbitan dan beliau berjaya mendapatkan beberapa geran tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi antaranya RAGS dan FRGS. Pada Disember 2020, penulis telah menjalankan penyelidikan jangka pendek bertajuk Kajian Impak Pembudayaan Norma Baharu yang dibiayai oleh Agensi Pengurusan Bnecana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri. Penulis telah berjaya melengkapkan penyelidikan yang bertajuk New Good Governance Model: Public Participation of Local Government Administration dan sekarang penulis sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang tadbir urus iaitu Model Tadbir urus Maklumat Wakaf Bersepadu. Selain itu juga, penyelidik pernah dilantik sebagai perunding bagi Projek Pemetaan Peraturan Negeri Kelantan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2018. Projek pemetaan peraturan sedia ada (PTPS) ini merangkumi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi Negeri Kelantan.

#