NOR FARIZAH JOHARI

merupakan pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan. Pengkhususan beliau adalah di dalam bidang Pentadbiran Awam dan bidang kajian meliputi pengurusan dan pentadbiran, sains politik, pentadbiran pembangunan dan pembangunan lestari. Bergiat aktif dalam projek-projek sukarelawan bersama kelab pelajar, antara projek-projek yang pernah dijayakan dengan kelulusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM Cawangan Kelantan ialah projek bersama komuniti orang asli di Pos Brooke, Gua Musang Kelantan, kerja-kerja sukarelawan di rumah anak yatim dan orang tua di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sekitar Kelantan. Beliau juga aktif dalam usaha mendidik pengundi muda dengan membuat program ke arah mendidik pengundi muda di sekolah dan berkerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamatkan mendidik pengundi Malaysia yang menyokong amalan demokrasi negara.

#