SITI KHADIJAH OMAR

merupakan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan yang mengajar kursus Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar pra-diploma, diploma dan ijazah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan. Beliau menamatkan pengajian Sarjana Muda Kepujian Linguistik Terapan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2014 dan memulakan perkhidmatan di UiTM pada Januari 2016. Beliau aktif menjalankan penyelidikan dan penerbitan dalam bidang pengkhususan seperti pragmatik, sociolinguistik, dan psikolinguistik dan berjaya mendapatkan geran Dana UiTM Cawangan Selangor (DUCS). Penulis juga aktif dalam bidang penulisan antara displin meliputi bidang pengurusan pengajian seperti pengurusan kewangan, ekonomi, keusahawanan, pemasaran, e-perniagaan, teori organisasi dan sains gunaan. Beliau juga telah memenangi Emas dalam inovasi Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX) dan juga ASiD Innovation and Creativity Day bagi Mobile app: RookiePreneur. Beliau boleh dihubungi melalui emel: sitikhadijah7547@uitm.edu.my.

#