LIZIANA KAMARUL ZAMAN

ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK). Beliau memperolehi Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dan Sarjana Undang-undang Perbandingan (MCL) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada Februari 2004. Beliau telah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi MARA selama lebih 17 tahun dan mengajar pelbagai subjek Undang-undang seperti Undang-undang Perniagaan, Undang-undang Komersial, Undang-undang Korporat, Undang-undang Perkongsian, Undang-undang Pentadbiran dan Sistem Perundangan Malaysia. Bidang kepakaran beliau termasuk Undang-undang Komersial dan Undang-undang Pentadbiran.

#