WAN HAMDAN SYADID BIN WAN AB MANAF

Merupakan pegawai tadbir negeri Kelantan dan berkhidmat sebagai Penolong Ketua Jajahan (Pendaftaran) Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan pada tahun 2018 sehingga 2021. Pengkhususan adalah dalam bidang pentadbiran awam. Bergiat aktif dalam inovasi dan penulisan dan menyertai pelbagai pertandingan. Beliau telah menerima penarafan emas di 2nd International Invention Innovation Technology Competition (ITeC2019) bagi projek Public Administration E-Pictionary dan penarafan perak bagi projek modul cerdik politik. Beliau juga pernah menerima Anugerah Kumpulan Inovasi Terbaik (Kategori Akademik) Hari Inovasi UiTM Kelantan tahun 2019. Beliau juga bergiat aktif dalam penyelidikan sebagai enumerator bagi kajian Impak Pembudayaan Norma Baharu pada tahun 2020 tajaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga menjadi seorang daripada penulis buku mendepani pandemic COVID 19 Bukti Empirical daripada Hasil Penyelidikan yang telah diterbitkan pihak penerbit UiTM dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Record sebagai “The First COVID-19 Pandemic Research on Impact of Cultivating New Norms”. Selain itu beliau telah mendapat penarafan 4 bintang di dalam pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat Negeri Kelantan bagi projek e-3J Jom Jalan Jeli dan projek tersebut telah digunakan Tourism Malaysia Kelantan sebagai medium promosi pelancongan.

#