DR MOHAMAD RAHIMI MOHAMAD ROSMAN

merupakan pensyarah kanan bidang Pengurusan Sistem Maklumat di Jabatan Pengurusan Sistem Maklumat, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Malaysia. Beliau aktif dalam bidang penulisan dan telah menulis serta menghasilkan lebih daripada 58 penerbitan. Selain bidang penulisan, beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah yang berkaitan dengan pameran inovasi dan pengkomersilan. Minat penyelidikan beliau adalah penglibatan pengguna, pengurusan sistem maklumat, interaksi pengguna, keselamatan maklumat, perpustakaan digital, metodologi pengembangan sistem, literasi digital, kecekapan, dan penyelidikan sains sosial. Beliau boleh dihubungi melalui email rahimimr@uitm.edu.my.

#